4 Jenis Facebook Like

Dapatkan berita viral setiap hari:

Tahu tak bahawa tak semua Facebook Like tu adalah sama? Ada 4 jenis yang patut korang tahu.

𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰𝐢𝐧𝐠

Ini adalah jenis Like yang paling biasa diperolehi oleh sesebuah FB Page. Apabila seseorang like FB Page, dia juga secara automatik akan Follow FB Page tersebut. Facebook mempunyai algorithma dipanggil EdgeRank yang menentukan siapa yang akan ‘nampak’ post dari FB Page tersebut.

𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐞 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰𝐢𝐧𝐠

Ini adalah jenis yang paling bernilai untuk sesebuah FB Page. Ini bermakna seseorang telah mengunjungi FB Page, klik butang Following dan memilih opsyen “See First”. Apabila ini berlaku, ia akan ‘override’ EdgeRank dan memastikan dia akan melihat post dari FB Page tersebut.

𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐨𝐭 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰𝐢𝐧𝐠

Ini adalah jenis yang paling tidak berguna untuk sesebuah FB Page. Dalam kes ini, seseorang telah Like kemudian buat keputusan untuk Unfollow. Dia tidak akan melihat post dari FB Page tersebut.

𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰𝐢𝐧𝐠 𝐎𝐧𝐥𝐲

Dalam kes ini, seseorang telah Follow FB Page tanpa Like page tersebut. Atau dia pernah Like, kemudian buat keputusan untuk Unlike, tetapi masih Follow page tersebut. Mereka masih dapat melihat post dari FB Page. Mereka mungkin lebih berminat untuk social listening, menganalisa persaingan, membuat penyelidikan pasaran dan sebagainya.

BACA NI>  NUR Alert – Sistem Amaran Kanak-Kanak Hilang

Nak lebih banyak maklumat dan informasi berguna seperti ini, jangan lupa Like Facebook Page Malaysia 3C dan setkan 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰𝐢𝐧𝐠 “𝐒𝐞𝐞 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭” 👌

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here