Sebenarnya, ramai tidak sedar bahawa Malaysia turut mempunyai produk tempatan yang ramai sangka berasal dari luar.

Mungkin kerana nama jenama yang digunakan langsung tidak membawa imej tempatan, ramai menganggap jenama-jenama ini produk luar negara.

1Bonia (Sembonia dan Carlo Rino)

Sebenarnya, ramai tidak sedar bahawa Malaysia turut mempunyai produk tempatan yang ramai sangka berasal dari luar.

Mungkin kerana nama jenama yang digunakan langsung tidak membawa imej tempatan, ramai menganggap jenama-jenama ini produk luar negara.

Sekali dengar macam jenama dari Itali. Dua kali dengar macam jenama dari Bosnia. Tiga kali dengar rupa-rupanya jenama Malaysia yang diinspirasikan dari Itali.

BONIA Corporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan S.S. Chiang. Pada tahun 1977 beliau telah melawat Pameran Perdagangan Kulit kat Bologna, Itali di mana beliau telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.

Selain itu, BONIA jugak turut memiliki lesen untuk mengedarkan jenama-jenama lain – Santa Barbara Polo & Racquet Club, Austin Reed, Valentino Rudy, Jeep, The Savile Row Company, Braun Buffel, Pierre Cardin, Bruno Magli, Enrico Coveri, Renoma Cafe Gallery dan Renoma.

2Shangri La Hotels & Resorts

Nama Shangri-La sendiri tidak langsung mencerminkan produk tempatan. Namun, itulah faktanya, Shangri-La Hotels and Resort merupakan hasil buah pemikiran rakyat tempatan.

Syarikat rangkaian hotel ini sebenarnya diasaskan oleh Robert Kuok pada tahun 1971.

Hotel pertama syarikat ini mula beroperasi di Singapura pada tahun 1971. Nama Shangri-La diambil bersempena sebuah tempat mistik melalui sebuah novel iaitu Lost Horizon (oleh penulis British bernama James Hilton).

Kini syarikat ini mempunyai rangkaian hotel mewah di sekitar Asia, Timur Tengah, Kanada dan Eropah.

3The Manhattan Fish Market

Dah terang-terang nama kedai tu “The Manhattan FISH MARKET”, bukan “Pasar Ikan Kuala Selangor”. So mesti la asal dari Manhattan kan? Eh jangan cakap kuat-kuat luar, malu dengar dek orang nanti.

Restoran ini diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn. Ia diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh, sahabat baik yang sangat bangga dengan identiti rakyat Malaysia mereka.

Pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2008, mereka telah menerima pelbagai kritikan daripada rakyat tempatan pada awal operasinya.

Namun, nasib lebih menyebelahi mereka, restoran mereka mendapat respons yang baik dari pelanggan. Dalam masa yang singkat, restoran rangkaian makanan laut ini berjaya berkembang di Asia dan Timur dengan jumlah restoran sebanyak 67 buah.

Kini restoran ini beroperasi di negara seperti Qatar, Oman, Bangladesh, Jepun, Sri Lanka, India dan juga Myanmar.

4San Francisco Coffee

Pasti ramai sedar San Francisco terletak di Amerika Syarikat dan beranggapan bahawa San Francisco Coffee merupakan produk Amerika Syarikat. Ternyata tanggapan ini adalah salah sama sekali.

San Francisco Coffee diasaskan pada tahun 1997 oleh seorang rakyat Amerika Syarikat yang berkelana ke bumi Malaysia. Kerana kecintaannya kepada bandar tersebut, yang mana merupakan kampung halamannya, beliau menamakan perniagaan kopi beliau sebagai San Francisco Coffee.

Kini rangkaian kafe ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. di bawah pengelolaan Datuk Abdul Rahim Zin. San Francisco Coffee mempunyai sebanyak 33 buah outlet di sekitar Lembah Klang.

5Ogawa

Siapa tidak tahu tentang mesin urut OGAWA? Nama bagi jenama ni sememangnya menggunakan bahasa Jepun sehingga tiada yang menyangka ianya adalah jenama Malaysia.

Ogawa dalama bahasa Jepun membawa maksud aliran. OGAWA mengambil maksud aliran ini sebagai konsep jenama. Aliran yang dimaksudkan adalah aliran darah dalam badan yang perlu dilancarkan bagi kesihatan yang baik.

OGAWA merupakan jenama kesihatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Kian. Sejak itu, OGAWA telah berkembang menjadi pemain utama dalam industri reka bentuk, pembangunan serta pemasaran kesihatan individu dan mesin kesihatan di Malaysia.

6Big Apple

Donut Big Apple sememangnya sangat lembut dan sedap. Donut Cheese menjadi kegemaran penulis kerana toppingnya yang menakjubkan dan segar. Perisa lain pun apa kurangnya juga.

Pasti ramai tidak tahu bahawa Big Apple sebenarnya merupakan produk Malaysia. Big Apple Donuts & Coffee diasaskan oleh Mike Chan dan rakan-rakan pada 2 May 2007 di Selangor. Syarikat ini mula berniaga di outlet pertamanya yang terletak di The Curve di Damansara.

Dalam sekelip mata, donut mereka menjadi pilihan hati rakyat Malaysia, sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang untuk mencuba. Setelah setahun beroperasi, Big Apple telah diiktiraf sebagai salah satu kedai rangkaian makanan yang paling pantas berkembang dalam sejarah negara, dengan 23 outlet hanya pada tahun 2008.

Kini dengan sekurang-kurang tambahan satu outlet setiap bulan, Big Apple akan menjadi global dalam masa akan datang. Selain Malaysia, Big Apple kini telah berada di Cambodia, dan akan berkembang di Asia dalam masa terdekat.

7Gardenia

Roti Gardenia sememangnya menjadi pilihan ramai masyarakat di Malaysia. Roti ini sangat lembut dan enak, boleh dimakan begitu saja.

Sejarah Gardenia bermula pada tahun 1969, apabila sebuah koperasi Amerika Syarikat iaitu International Executive Service Corporation telah menghantar seorang wakilnya bagi membuka sebuah perniagaan bakeri di Malaysia Timur (Sabah/Sarawak).

Beliau adalah Horatio Sye Slocumm yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam perniagaan bakeri di beberapa rangkaian kedai roti sewaktu beliau berada di Amerika Syarikat. Sejak dari itu, lahirlah Gardenia.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. pertama kali membuat pengadunan roti pada tahun 1986. Dalam masa 4 tahun, Gardenia berjaya menguasai pasaran roti di negara ini.

Kini Gardenia telah berjaya mempelbagaikan produk bakeri berkualiti tinggi dan turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari rakyat Malaysia.

8Giant Hypermart

Pasti anda pernah mendengar jenaka kanak-kanak ini, “Kenapa Nobita tidak datang ke Malaysia?” Jawapannya, “Sebab ada Giant lah.” Dari jenaka ini, pasti ramai membuat tanggapan Giant adalah dari Jepun, memandangkan ada kaitan antara watak Giant dalam kisah Doraemon yang berasal dari Jepun.

Sekiranya itu jangkaan kita, makan ia tidak tepat. Giant Hypermarket merupakan syarikat tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1944. Ianya bermula dengan sebuah kedai runcit oleh keluarga Teng, yang kemudiannya berkembang dengan pembukaan Teng Minimarket Centre di Bangsar pada tahun 1974.

Pada tahun 1999, Dairy Farm International Holdings telah membeli 90% share daripada rangkaian hypermarket ini, dengan keluarga Teng memegang share selebihnya. Pada tahun 2003, syarikat induk ini menukar nama kepada Dairy Farm Giant Retail Sdn. Bhd.

Kini Giant merupakan salah sebuah peruncit terbesar di Malaysia, bersaing bersama Mydin dan Tesco, dengan lebih 100 cawangan di seluruh negara.

9Golden Screen Cinemas

Siapa yang tidak gemar menonton wayang? Rakyat Malaysia kebanyakannya memang kaki movie. Pantang ada filem terbaru sahaja, pasti GSC akan diterjah.

BACA NI>  Senarai Institut Pengajian Tinggi Yang Menawarkan Kursus Gaming

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1998 melalui gabungan 2 buah syarikat pawagam, iaitu Golden Communication Circit dan Cathay Cinemas. Pawagam ini kini diterajui oleh Koh Mei Lee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

GSC merupakan sebuah syarikat rangkaian pawagam terbesar di Malaysia. Pawagam terbesar GSC yang terletak di Mid Valley Megamall mampu menempatkan 21 skrin pawagam dengan kapasiti kerusi sebanyak 2763. Pawagam yang paling besar skrinnya di Malaysia terletak di MyTOWN Cheras.

10British India

Jenama British India merupakan antara jenama mewah di Malaysia, yang mana ramai masyarakat Malaysia kita sangka ianya adalah jenama luar. Namun, siapa sangka syarikat ini merupakan syarikat tempatan.

British India diasaskan pada tahun 1994 oleh Pat Liew, seorang veteran dalam industriretaildengan pengalaman melebihi 35 tahun. Beliau kini merupakan CEO syarikat tersebut, dan menjadi peneraju kreatif serta penggerak utama syarikatnya itu.

Sejak penubuhannya 23 tahun lalu, beliau sangat bersemangat membina sebuah empayar fesyen bersama staf yang penuh dedikasi, yang telah melalui perit getir dengan beliau sejak awal lagi.

Kini, British India menjadi jenama eksklusif dengan lebih 40 outlet di beberapa negara termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina.

11Jimmy Choo

Sekiranya menonton rancangan televisyen Hollywood, pasti anda sedar ramai selebriti luar berbangga sekiranya memilik kasut rekaan Jimmy Choo. Kasut rekaan beliau sangat dipandang tinggi oleh barat, kerana kualiti yang tinggi serta rekaan yang menarik. Siapa sangka bahawa Jimmy Choo ini merupakan seorang rakyat Malaysia?

Selepas tamat belajar di Cordwainers Technical College di Hackney, beliau membuka sebuah kedai kasut pada tahun 1986 dengan menyewa bangunan lama hospital.

Seni pertukangan dan rekaan kasut beliau kemudiannya disedari dan kasut-kasut ciptaan beliau telah dipaparkan dalam 8 muka surat majalah terkenal Vogue pada tahun 1988. Penaungan kasut Jimmy Choo oleh Princess Diana sekitar tahun 1990an terus menaikkan imej jenama tersebut.

Pada tahun 1996, Jimmy Choo dan seorang editor aksesori British Vogue iaitu Tamara Mellon telah bersama beliau menubuhkan Jimmy Choo Ltd. Pada April 2001, Choo menjual 50% pegangan saham syarikat tersebut dengan harga £10 juta (RM56 juta).

Dengan penjualan ini, beliau dapat menumpukan sepenuh masanya kepada Jimmy Choo Couture yang eksklusif di bawah lesen Jimmy Choo Ltd. Selain kasut, Jimmy Choo turut mengeluarkan produk aksesori wanita yang lain seperti beg tangan dan sebagainya.

Kini, sebut sahaja Jimmy Choo di mana sahaja di pelusuk dunia, pasti orang ramai tahu akan jenama eksklusif ini.

12Munchy’s

Siapa tidak sukakan snek atau biskut untuk dinikmati bersama minuman petang? Kegemaran penulis adalah biskut Munchy’s LEXUS perisa coklat dan mentega kacang. Siapa sangka Munchy’s merupakan produk tempatan?

Munchy’s diasaskan pada tahun 1991, di sebuah bandar kecil di selatan Malaysia, iaitu di Batu Pahat. Jenama Munchy’s bermula apabila 2 orang beradik iaitu SK Tan dan LK Tan menubuhkan Munchy Food Industries. Dengan pelaburan awal sebanyak RM80,000, syarikat mereka berkembang dengan pantas.

Kemudiannya, 2 orang adik beradik mereka iaitu CK Tan dan Net Tan turut menyertai Munchy’s.

Kapasiti pengeluaran produk syarikat ini meningkat dari tahun demi tahun dengan kerja kuat keluarga ini. Mereka menyasarkan untuk memasarkan produk Munchy’s ke seluruh dunia. Destinasi luar negara pertama mereka adalah Afrika Selatan.

Kini, Munchy’s mempunyai pelbagai jenis produk makanan dan boleh didapati di banyak negara termasuklah di Hong Kong, Iraq, Singapura, Korea Selatan, Bahrain dan banyak lagi.

13Spritzer

Selain air mineral Evian, air mineral Spritzer memang rasa sedap, tidak payau berbanding air mineral lain.

Spritzer Group of Companies yang terdiri daripada 8 buah anak syarikat telah memfokuskan kepakaran mereka kepada pencarian, penghasilan serta pengedaran air mineral semulajadi, air mineral sparkling, air suling minuman, air gas perisa buah, air perisa buah dan macam-macam lagi sejak penghujung 1980an.

Mungkin kedengaran mudah kerjanya, namun bahagian yang paling susah adalah memastikan air mineral tersebut betul-betul semulajadi, yakni tiada campuran kotoran mahupun bahan luar.

Disebabkan hal ini, syarikat tersebut perlu menjaga sumber air semulajadi yang terletak di Taiping, Perak dengan berhati-hati, agar sumber air semulajadi ini kekal tulen dan bersih.

Kini, Spritzer Berhad sendiri bernilai RM450 juta. Pada tahun 2016, syarikat tersebut berjaya menjana pendapatan sebanyak RM288 juta dengan keuntungan lebih kurang RM28.5 juta. Harini, Spritzer turut mengeksport produk mereka ke Singapura, Brunei, China, Hong Kong, Taiwan dan Papua New Guinea.

14Padini

Perkataan ‘Padini’ itu sendiri berbunyi seakan perkataan Itali, seperti fettuccine. Namun siapa sangka Padini merupakan produk tempatan?

Padini mula beroperasi sebagai Hwayo Garments Manufacturers Company pada tahun 1971, dengan kepakaran dalam menghasilkan pakaian dan menjual secara wholesale. Terdapat beberapa jenama lain yang bernaung di bawah Padini seperti VINCCI, MIKI, SEED dan beberapa lagi.

Jenama VINCCI ditubuhkan pada tahun 1986 bagi menceburi pasaran yang menarik minat wanita dengan menjual kasut, beg tangan, tali pinggang dan beberapa aksesori lain.

Selain Malaysia, Padini turut mengeksport produk mereka ke pasaran luar negara seperti Thailand and Timur Tengah. Padini Holdings kini bernilai RM2.2 bilion, menjadikan syarikat ini syarikat fesyen terbesar di Malaysia.

15Lewré

Lewré langsung tidak berbunyi tempatan. Perkataan Lewré seakan diadaptasi dari perkataan Perancis. Namun, hakikatnya, Lewré adalah nama kepada pengasas jenama ini, dan beliau adalah rakyat tempatan berbangsa Cina.

Lewré sebenarnya diasaskan pada tahun 1997 oleh Lewre Lew. Jenama ini mengeluarkan kasut serta aksesori bagi lelaki dan wanita. Beliau pernah berguru dengan Jimmy Choo.

Kata beliau, beliau sangat bernasib baik kerana Jimmy Choo seorang yang sangat pemurah dengan ilmu, tidak kedekut untuk berkongsi kisah kejayaan beliau. Peluang untuk bekerjasama dengan Jimmy Choo memberi beliau pendedahan serta pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana untuk membina sebuah jenama.

Kini, jenama Lewré menjadi pilihan selebriti dan kerabat diraja tempatan dan luar negara. Seperti jenama Jimmy Choo, produk kasut Lewré turut boleh dijumpai di luar negara seperti di Kanada, Denmark, Mesir, Singapura, Pakistan, United Kingdom dan lain-lain.

16Jefferson

Jefferson merupakan sebuah jenama yang mempamerkan trend fesyen terkini yang menjadi pilihan ramai. Dengan potongan baju dan jeans yang slim fit, jenama Jefferson ‘kena’ dengan citarasa remaja di Malaysia.

Sejarah Jefferson berbalik ke tahun 1980an, di mana jahitan secara customised merupakan suatu trend di Pulau Pinang, dengan ribuan pelanggan berpusu ke Jefferson bagi mendapatkan servis tersebut. Syarikat ini bermula di bangunan Komtar pada tahun 1987, di bawah nama Jefferson Fashion Design.

BACA NI>  Lorong Belakang Bukit Bintang Berwajah Baru

Pada Mac 1995, Jefferson telah bergabung dengan Amity Center Sdn. Bhd. bagi menghadapi perluasan empayar perniagaan Jefferson. Penggabungan ini membolehkan Jefferson mempelbagaikan produk mereka, serta memperagakan pelbagai jenis fesyen pakaian serta aksesori yang trendy.

Kini, outlet kedai Jefferson dapat dilihat di seluruh negara.

17Beryl’s

Bagi penggemar coklat, kalau ke Langkawi memang tidak sah kalau tidak beli coklat Beryl’s. Selain Langkawi, Beryl’s boleh dijumpai dengan mudah di kawasan bebas cukai seperti lapangan terbang.

Bunyi seperti produk luar, Beryl’s merupakan produk tempatan di bawah syarikat Beryl’s Chocolate and Confectionery Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 1995. Fokus utama syarikat ini adalah untuk menghasilkan coklat terbaik bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

Kilang pertama Beryl’s terletak di sebuah bandar kecil Desa Serdang di selatan Kuala Lumpur. Beryl’s bermula dengan pembuatan coklat dalam pek yang dijual terutamanya di kedai bebas cukai dan supermarket di seluruh negara.

Pada tahun 2008 dan 2013, syarikat ini membuka 2 lagi kilang bagi memenuhi permintaan pelanggan dan seterusnya mencipta serta menghasilkan lebih banyak produk baharu.

Kini, Beryl’s chocolates boleh dijumpai bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain seperti Jepun, Singapura, Vietnam, India, Maldives, New Zealand dan banyak lagi.

18Jobstreet

Bagi kebanyakan graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti, memohon pekerjaan adalah keutamaan. Pada tahun 1990an, memohon pekerjaan adalah secara manual, yakni dengan menghubungi syarikat secara terus bagi permohonan.

Sejak tahun 1997, memohon pekerjaan menjadi lebih mudah dengan wujudnya laman sesawang JobStreet.com hasil buah fikiran Mark Chan Mun Kee, seorang bekas jurutera pemprosesan di Kendall International.

Beliau mempunyai visi untuk menyediakan platform automatik bagi memadankan permohonan pekerjaan oleh pekerja dengan kekosongan pekerjaan oleh majikan. Laman sesawang ini diasaskan di Malaysia, dengan suntikan perlaburan sebanyak USD2.6 milion pada ketika itu.

Kini, JobStreet diiktiraf sebagai syarikat pekerjaan dalam talian terbesar di Asia Tenggara oleh Forbes, yang berkhidmat kepada lebih kurang 80,000 pelanggan korporat serta 11 juta pencari kerja. Jobstreet turut beroperasi di beberapa negara termasuklah Jepun, India, Filipina serta negara-negara di Eropah barat.

19Secret Recipe

Setiap kali sambutan hari lahir ahli keluarga mahupun rakan, pasti Secret Recipe menjadi pilihan ramai bagi mendapatkan kek hari jadi.

Diasaskan pada tahun 1997, Secret Recipe merupakan hasil titik peluh Datuk Steven Sim yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Outlet pertama kedai kek ini terletak di SS2, Petaling Jaya.

Beliau memulakan perniagaan ini bersama 3 orang anak saudara beliau yang merupakan bakers terlatih. Bermodalkan RM150,000, beliau yakin konsep perniagaan ini lain daripada yang lain, dan meneruskan hasrat beliau walaupun negara pada ketika itu dilanda krisis ekonomi yang teruk.

Kini, setelah 20 tahun beroperasi, Secret Recipe mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa buah negara termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan banyak lagi. India dan New Zealand menjadi negara seterusnya bagi cawangan baru Secret Recipe.

20Sushi King

Sushi King sebenarnya adalah jenama Malaysia, ramai tidak tahu akan fakta ini. Pengasasnya sebenarnya berasal dari Jepun, dan kini beliau menetap di Malaysia. Beliau adalah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Fumihiko Konishi. Outlet pertama Sushi King mula beroperasi sejak tahun 1995.

Sushi King merupakan peneraju terawal di Malaysia yang membawa era baru hidangan Jepun melalui keunikan ‘Kaiten Sushi’ atau ‘Revolving Sushi’ dengan konsep restoran servis segera. Selain sushi, mereka turut menawarkan hidangan Jepun yang lain selain sushi dengan harga berpatutan serta suasana yang selesa.

Bermula dengan hanya sebuah outlet di Kuala Lumpur, kedai sushi ini telah berkembang dan kini mempunyai lebih 100 outlet di seluruh negara.

21Marrybrown

Menjual hidangan makanan seakan-akan McDonald’s, Marrybrown bukan jenama luar. Syarikat francais burger dan ayam goreng ini merupakan produk tempatan. Walaupun tidak sepopular McDonald’s mahupun KFC, Marrybrown masih bertahan sehingga kini.

Asal usul Marrybrown bermula di sebuah shoplot di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru pada tahun 1981, oleh sepasang suami isteri iaitu Lawrence dan Nancy Liew. Ketika itu, rangkaian makanan segera daripada Amerika Syarikat telah mendominasi pasaran di Malaysia dengan kehadiran 10 tahun lebih awal.

Menyedari peluang yang sama, pasangan ini mendapat idea untuk memulakan rangkaian makanan segera mereka sendiri yang berasaskan cita rasa rakyat Malaysia, selain menjadi perintis dalam bidang ini.

Mereka berasakan kebanyakan orang Islam di negara ini inginkan makanan Barat yang halal. Pada zaman tersebut, masyarakat Islam Malaysia masih was-was akan rangkaian makanan segera dari luar.

Kini, Marrybrown mempunyai lebih 130 outlet restoran di seluruh Malaysia, dan turut beroperasi di 20 buah negara yang kebanyakannya di Asia. Pelan jangka panjang syarikat ini adalah untuk membina lebih outlet restoran di 56 buah negara Islam, selain menembusi pasaran Eropah.

22Life

Memakan ayam KFC pasti tidak akan lengkap tanpa sos cili Life. Selain KFC, sos ini turut dihidangkan di rangkaian restoran lain seperti Pizza Hut, RasaMas dan banyak lagi. Siapa sangka sos cili Life ini merupakan produk Malaysia?

Sos cili Life merupakan produk syarikat Region Food Industries (RFI) Sdn. Bhd. yang diasaskan pada tahun 1978. Pada tahun 1994, syarikat ini telah dibeli oleh KFC Holdings (Malaysia) Bhd. sebagai sokongan bagi membekalkan sos ke rangkaian restoran KFC di seluruh negara.

Kini, RFI merupakan peneraju serta pembekal utama produk sos original dan berkualiti bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain seperti UK, US, Perancis, Australia, Jepun, Hong Kong dan sekitar Asia Tenggara.

23Mamee & Mister Potato

MAMEE Monster menjadi kegemaran ramai semasa kecil. Harga pada ketika itu sangat murah, hanya 20 sen dan isinya lebih gempal berbanding sekarang, yang dijual dengan harga 50 sen. Dahulunya, beli Mamee Monster akan dapat pelekat Digimon, yang perlu dikumpul untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Walaupun tidak menang, kenangan itu sangat indah.

Siapa sangka, MAMEE kini telah berusia 46 tahun. Syarikat ini sebenarnya diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin pada tahun 1971. MAMEE berkembang dengan pantas, menjadi snek popular pilihan rakyat negara ini. Mamee telah diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan disenaraikan di papan utama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 18 Mac 1992.

Antara produk lain MAMEE termasuklah Mister Potato yang menjadi pilihan pengguna sejak 1992 dan menjadi produk kentang nombor 1 di negara ini menurut AC Neilsen. Kini, MAMEE menjadi pengilang antarabangsa yang diiktiraf dengan lebih 50 produk di bawah 10 jenama di seluruh dunia.

BACA NI>  Bahaya Pengambilan Energy Drinks Berlebihan

24Goodmaid

Selain Ajax Fabuloso, Goodmaid merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai sabun pencuci lantai.

Sejak permulaan Goodmaid Chemicals Corporation (GCC) Sdn. Bhd. pada tahun 1988, syarikat ini hanya mempunyai 4 buah produk sahaja. Dalam beberapa tahun, GCC telah berkembang maju di market domestik dan juga antarabangsa.

Setelah beroperasi selama 26 tahun, Saraya Global Japan (SGJ) telah membeli GCC pada tahun 2014. Dengan pembelian ini, GCC kini lebih teguh dengan ahli profesional dan pengetahuan teknikal dari SGL. Ke mana sahaja supermarket mahupun hypermarket di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak yang kita pergi, pasti ada sahaja produk Goodmaid.

Kini, SGL telah berjaya mempelbagaikan produk mereka dan sangat aktif melibatkan diri dalam industri produk dan perkhidmatan perindustrian. Mereka turut menjadi pembekal produk pencuci serta penjagaan diri kepada kontraktor, syarikat perkhidmatan pencucian, hotel serta kilang-kilang tempatan serta luar negara.

25Parkson

Sekiranya berkunjung ke pusat beli belah di sekitar ibu negara, pasti kita akan dapat lihat kewujudan Parkson yang gah berdiri mempamerkan pelbagai produk dari pakaian ke set pinggan dan sebagainya.

Sejarah syarikat ini bermula sejak 1987 lagi, dengan outlet pertamanya di Sungei Wang Plaza. Antara outlet lain yang terawal termasuklah di Atria Shopping Centre (Damansara Jaya). Parkson diasaskan oleh William Cheng, yang kini menerajui Lion Group Malaysia.

Hari ini, Parkson boleh dijumpai di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 42 outlet setakat 31 Januari 2015. Selain Malaysia, Parkson turut beroperasi di luar negara. Outlet luar negaranya yang pertama terletak di China, yang dibuka pada tahun 1994, dan kemudiannya berkembang kepada 54 outlet di negara tersebut.

Selain China, outlet Parkson turut dibuka di beberapa negara asia lain seperti Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

26Vochelle

Penggemar coklat pasti kenal coklat Vochelle. Kalau ke Langkawi pasti tidak akan lupa untuk membeli coklat ini. Untuk pengetahuan semua, Vochelle ni adalah produk tempatan.

Jenama Vochelle dimiliki oleh sebuah syarikat induk iaitu Maestro Swiss Group. Bunyi seakan syarikat Switzerland, Maestro Swiss adalah syarikat Malaysia. Tidak banyak maklumat berkenaan bagaimana syarikat ini bermula, namun yang pasti jenama lain yang turut dikeluarkan oleh syarikat ini adalah minuman coklat Vico.

Maestro Swiss Group berkembang dengan pantas dengan pengilangan, penjualan dan pemasaran sendiri dalam industri makanan dan minuman. Beribu pejabat di Pulau Pinang, tim penjualan dan pemasaran syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya.

Kini, Maestro Swiss diedarkan di lebih 17,000 outlet kedai di seluruh Malaysia. Produk syarikat ini turut dieksport ke lebih 20 negara luar.

27Fipper

Cuaca di Malaysia yang panas ini menyebabkan ramai lebih memilih untuk memakai selipar berbanding kasut. Dengan rekaan selipar yang simple dan bergaya, Fipper menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ada yang menyangka Fipper, Roxy dan Havaianas berasal daripada satu syarikat induk. Salah! Fipper adalah produk tempatan.

Fipper diasaskan oleh seorang pemuda bernama Jack Lim pada tahun 2008, dengan pembukaan kedai pertama di Sungei Wang Plaza pada tahun 2010.

Selepas menamatkan pengajian, beliau memulakan perniagaan selipar di bawah jenama Fipper melalui Fipper Marketing Sdn. Bhd. Pada tahun 2008, hanya terdapat beberapa jenama selipar di pasaran Malaysia, antaranya termasuklah Ipanema, Riders dan Havaianas.

Namun semua jenama ini menjual produk mereka pada harga premium. Beliau melihat terdapat permintaan yang tinggi terhadap selipar berkualiti (pada harga berpatutan). Pencerahan ini membuatkan beliau sangat bersemangat untuk menceburi industri tersebut.

Dengan segera beliau bersama 3 orang rakan dari zaman kanak-kanak beliau ke Thailand bagi mendalami industri selipar, serta mencari pembekal bahan untuk membuat selipar. Akhirnya, getah semulajadi menjadi pilihan. Idea dan usaha beliau berhasil.

Kini, setelah 9 tahun beroperasi, Fipper mempunyai lebih 50 outlet kedai di seluruh Malaysia. Fipper telah berkembang secara dinamik kepada sebuah jenama yang dipercayai. Di Bali, Indonesia 8 buah outlet kedai telah dibuka dalam masa setahun sahaja.

Menurut Lim, Fipper mempunyai pelan jangka panjang untuk berkembang ke Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei dan seterusnya seluruh Asia.

28Dutch Lady

Dutch Lady dalam bahasa melayu bermaksud wanita Belanda. Namun, sekiranya anda sangka Dutch Lady berasal dari Belanda, maka sangkaan anda itu 50-50 betul. Mengapa begitu?

Syarikat ini bermula sebagai Pacific Milk Industries (Malaya) Sdn. Bhd. pada 28 May 1963 dengan tujuan operasi untuk menghasilkan susu pekat manis di Petaling Jaya. Walaupun syarikat ini dimiliki oleh syarikat Belanda, Dutch Lady memulakan operasi penghasilan susu pertama di Selangor, Malaysia.

Pada 24 September 1968, syarikat ini menjadi syarikat susu pertama yang disenaraikan di dalam Stock Exchanges Kuala Lumpur dan Singapura. Pada tahun 1975, syarikat ini menukarkan namanya kepada Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Berhad, yang kemudiannya ditukarkan lagi kepada Dutch Lady Milk Industries Berhad.

291901 Hot Dog

1901 Hot Dog diasaskan pada tahun 1997 oleh Zakir Jaafar dan Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin.

Nama 1901 ini diambil daripada cerita macam mana nama ‘hot dog’ ni mula-mula muncul di Amerika. Pada tahun 1901 di New York Polo Grounds, penjaja menjerit “They’re red hot! Get your dachshund sausages while they’re red hot!”. Kartunis di New York Journal pun lukiskan kartun sosej dachshund dalam roti, tapi disebabkan sukar mengeja dachshund, dia tulis ‘hot dog’.

30Bufori

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai jenama kenderaan Bufori sebab jarang nampak kereta ini di jalan raya. Namun apa yang paling penting adalah ia merupakan sebuah kenderaan mewah buatan Malaysia!

Syarikat ni diasaskan oleh tiga beradik berketurunan Lubnan dari Australia iaitu Anthony, George, dan Gerry Khouri. Namun pada tahun 1998, mereka telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya di Kepong.

Bufori merupakan singkatan kepada Beautiful, Unique, Fantastic, Original, Romantic dan Irresistible.

Jenama Malaysia Setanding Jenama Antarabangsa

Wah! Banyak juga rupanya produk jenama dan buatan Malaysia ni ye? Malah produk-produk ini kadangkala lebih baik daripada jenama luar negara. Tahniah!

Namun tak dinafikan masih terdapat juga sesetengah masyarakat yang obses dengan barangan jenama luar. Perkara ini ada dinyatakan oleh Persatuan Pengguna Malaysia yang pembeli Malaysia lebih suka memilih barangan jenama luar yang harganya lebih mahal daripada membeli barangan jenama tempatan.

Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan kempen beli barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membantu pengusaha tempatan meluaskan jaringan pemasarannya serta merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

Komen Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here